Tutup

Komuniti AWANI: Geran komuniti merancakkan aktiviti masyarakat

#KomunitiAWANI 4 Julai 2019 menampilkan selebriti, Jihan Muse sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episode kali ini membawakan cerita mengenai Program Rise Against Hunger anjuran bersama Syarikat Usana Malaysia. Kemudian, kita lihat usaha menyebarkan dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang juga mendekati orang asli untuk mendedahkan Islam kepada mereka. Selepas itu, kita juga akan saksikan Program Sayang Disayang bagi mendidik pelajar keperluan khas mengenai solat lima waktu. Kita juga saksikan usaha kerajaan untuk membantu persatuan yang aktif dalam masyarakat dan komuniti iaitu persatuan penduduk.