Komuniti AWANI: Golongan kurang bernasib baik diraikan sempena bulan Ramadan

#KomunitiAWANI 20 Mei 2019 menampilkan penyanyi, Dato' Seri Siti Nurhaliza sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda kali ini bermula dengan inisiatif seorang insan yang mengajak buat kebaikan melalui media sosial melalui projek yang dinamakan 'Baju Raya Project'. Kemudian, kita akan saksikan program amal yang meraikan anak ? anak yatim dan yang kurang bernasib baik dengan pemberian duit raya dan beras oleh Hotel M Suites. Kita juga akan lihat Program Jom Sahur anjuran Institut Onn Jaafar (IOJ) yang dekati golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Terpilih. Kita juga akan saksikan inisiatif Perpustakaan Permainan bagi memastikan kanak ? kanak masa kini tidak hanya berinteraksi dengan gajet telefon pintar.