Komuniti AWANI: Inovasi bekalan elektrik mudah alih untuk komuniti luar bandar

#KomunitiAWANI 3 Mei 2019 menampilkan selebriti, Lisa Surihani sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan inisiatif sekumpulan pelajar Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) memberi perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Kemudian, jom ke Lahad Datu untuk melihat industry kecil pembuatan bantal kapok yang juga dikenali sebagai kekabu sebagai salah satu sumber penjana ekonomi masyarakat di kampung ? kampung sepanjang Jalan Tungku. Selepas itu, mari kita saksikan mahasiswa Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM menganjurkan Program Tanah Bencah Terapung atau Floating Wetland bagi menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar. Episod kali ini berakhir dengan inovasi produk ?Easy Power? untuk memberi bekalan elektrik pada masyarakat luar bandar yang direka oleh kumpulan Mekatrik 7.