Tutup

#Komuniti AWANI: Keindahan Pine Hills Garden hasil usaha anak tempatan

#KomunitiAWANI 7 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Sufian Suhaimi sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Cerita komuniti anda membawakan kisah Kolej Komuniti Arau yang mendidik pelajar istimewa dalam bidang keusahawan. Selepas itu, kita saksikan inisiatif Aman Palestin anjurkan ibadah korban dam akikah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan di Palestin. Kemudian, kita akan lihat inisiatif yang diambil penduduk di Permatang Pasir, Permatang Pauh mengadakan simulasi banjir. Kita juga akan saksikan kecantikkan Pine Hills Garden yang terletak di Marang yang pasti anda kagumi.