#Komuniti AWANI: Kemeriahan sambutan kaum Dayak di Bazar Gawai

Kita akan saksikan Bazar Gawai anjuran Sarawak Dayak National Union (SDNU) yang menghimpunkan komuniti kaum Dayak dari pelbagai daerah seakan - akan bazar Ramadan tapi bukan. Kemudian, kita juga akan lihat keputusan yang diambil oleh keluarga mangsa nahas Malaysia Airlines MH17 menggunakan wang pampasan yang diperoleh dengan membina sebuah masjid. Jangan terlepas untuk saksikan majlis berbuka puasa beramai - ramai atau sungkei di Kuching, Sarawak. Kita juga akan saksikan inisiatif sebuah sekolah menjadi Digital Maker Hub Champion School yang memainkan peranan sebagai hub digital buat komuniti setempat.