Komuniti AWANI: Kerusi roda bukan penghalang capai impian jadi penari

#KomunitiAWANI 1 May 2019 menampilkan selebriti, Loque sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Ikuti kisah tentang tujuh graduan universiti tempatan yang bersepakat untuk cipta peluang pekerjaan kerana sukar untuk mendapat tawaran kerja selepas tamat pembelajaran. Kemudian, ayuh kita dengar tentang seorang pesara yang amat minat sukan ?paramotor? yang menghasilkan set peralatannya sendiri dengan kos yang lebih rendah. Jangan terlepas kisah tiga individu istimewa OKU kerusi roda yang buktikan bahawa dengan keazaman cita-cita untuk menjadi penari mampu dicapai. Diakhiri dengan inisiatif Agensi Dadah Kebangsaan dekati masyarakat untuk menguar-uarkan padah dan bahayanya dadah.