Komuniti AWANI: Kisah duka komuniti pelarian Rohingya di Cox's Bazar

#KomunitiAWANI 2 Mei 2019 menampilkan selebriti, Lisa Surihani sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula tentang kehidupan perit komuniti pelarian di Cox?s Bazar, Bangladesh yang menjadi tapak bagi pelarian dari Rohingya, Myanmar. Kemudian, jangan terlepas dengan ?Eyeshade Walk & Run 2019?, satu larian amal anjuran Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) di mana warga OKU juga turut serta dalam acara ini bersenam untuk memupuk kebersamaan dalam bersukan. Kita juga akan dengar kisah seorang pemuda yang ambil inisiatif beli makanan dan merawat kucing terbiar di sekitar bandar Kota Bharu. Kita juga akan melihat pencapaian anak tempatan di Institut Latihan Perindustrian Miri yang mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa yang mencipta ?Welder Arm?, sebagai alat sokongan untuk penghasilan kimpalan lebih berkualiti.