Tutup

Komuniti AWANI: Kisah suka dan duka di pagi Aidilfitri

#KomunitiAWANI 6 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Wany Hasrita sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti sempena Hari Raya Aidilfitri 2019. Sambutan Aidilfitri tidak lengkap tanpa lemang jadi kali ini kita akan lihat bagaimana sambutan Lemang Kera yang menggunakan periuk kera. Kemudian, kita juga akan saksikan bagaimana masyarakat Rohingya menyambut hari kemenangan di pagi raya di bumi Malaysia dalam suasana yang lari dari kebiasaan. Dalam kegembiraan di Hari Raya, pasti ada yang berduka, jadi kita akan turut lihat kisah insan yang rindu akan ahli keluarga mereka yang sudah tiada.