Komuniti AWANI: Mahasiswa sahut seruan Hari Bumi pelihara alam sekitar

#KomunitiAWANI 29 April 2019 menampilkan selebriti, Loque sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Ikuti kisah sambutan Hari Bumi sedunia yang juga disambut di Malaysia pada 20 April yang lalu. Kemudian, jom kita ke Langkawi untuk dengar inisatif 40 pelajar UTM sukarela bersihkan Pulau Langkawi sempena ?World Wetland Day?. Jangan terlepas dengan program Badan Amal Kasih (BAKASA) menyambut Nisfu Syaaban dengan memberi bantuan kerusi roda kepada veteran tentera. Kita juga ke Pasir Gudang untuk tinjau inisiatif Program Free Market iaitu inisiatif mengumpul barangan lama yang masih boleh digunakan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.