Komuniti AWANI: Masyarakat yang rajin dan kreatif dalam pencarian rezeki

#KomunitiAWANI 27 April 2019 menampilkan selebriti, Farah Fauzana (Fafau) sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Mari kita ikuti kisah Nursamawati Mahmud, seorang istimewa OKU lumpuh yang tekad untuk bekerja mencari rezeki dengan promosikan produk keluaran keluarganya. Kita juga akan saksikan bagaimana kehidupan seharian penduduk Kampung Pasir Gudang menambah pendapatan keluarga mereka dengan ternakan kupang. Kemudian, kita akan dengar tentang sebuah masjid yang membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat dengan membuka pasar tani di Kepala Batas, Pulau Pinang. Diakhiri dengan inisiatif sepasang suami isteri ini mencari duit lebih dengan bercucuk tanam menggunakan konsep ?Kitchen Garden?.