#Komuniti AWANI: Meraikan golongan kurang bernasib baik menjelang Syawal

#KomunitiAWANI 2 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Stacy Anam sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan kerja amal yang dilakukan oleh dua pertubuhan bukan kerajaan dalam memberi sumbangan barangan keperluan kepada warga asnaf di Pengkalan Chepa. Kemudian, kita juga akan melihat inisiatif dua beradik yang baik hati memberi peluang anak ? anak yatim merasai kemeriahan berbuka puasa bersama keluarga. Kita juga akan melihat program mulia yang dianjurkan oleh Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) memberi sumbangan lebih daripada jangkaan mereka kepada penduduk yang memerlukan di Bandar Tun Razak. Jangan terlepas untuk saksikan sebuah konsep bersedekah yang diperkenalkan oleh seorang peniaga Kuih Kangar.