Komuniti AWANI: Persiapan wajib sebelum balik kampung

#KomunitiAWANI 3 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Stacy Anam sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Sempena musim perayaan ini, kita dengarkan tips balik kampung dari PLUS Malaysia Berhad bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. Kemudian, kita dengari tentang Ops Selamat 15 yang memberi mesej kepada orang ramai tentang menjaga keselamatan rumah dan jalan raya. Kita juga akan lihat inisiatif dua program derma darah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah serta di Gereja Angelican Saint Patrick, Tawau.