Komuniti AWANI: Program 'Kenali Budaya' pamerkan budaya unik negeri di Malaysia

#KomunitiAWANI 7 Mei 2019 menampilkan penyanyi, Hafiz Suip sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti dimulakan dengan inisiatif bank makanan atau food bank yang merupakan salah satu kaedah membantu golongan miskin bandar. Kemudian, kita ikuti cerita kenali budaya unik Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh pelajar - pelajar KUPTM KL di Muzium Negara baru - baru ini. Jangan terlepas dengan cerita tentang Suriata Muda atau 'Sota Langit Biru' yang mempertahankan seni dikir barat yang diwarisinya. Berita komuniti diakhiri dengan inisiatif penduduk Bandar Tasik Puteri Rawang yang bersepakat gotong royong membersihkan kawasan perumahan mereka serta menghapuskan sarang nyamuk aedes.