Tutup

#Komuniti AWANI: Rekaan inovatif 'Ant-Car & Child Alert'

#KomunitiAWANI 22 Mei 2019 menampilkan pelakon, Ummi Nazeera sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan tentang inisiatif Masjid Mahmoodi di Bachok yang mengadakan pertandingan menggalakkan kanak - kanak dan remaja mendekati masjid dengan mancatat kehadiran mereka dan siapa yang berjaya akan menang hadiah. Kemudian, kita juga akan lihat kerja amal yang dilakukan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak membantu golongan kurang bernasib baik. Jangan terlepas untuk saksikan usaha Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman mengedarkan juadah sahur buat penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin dan kakitangan hospital yang berkhidmat pada waktu malam. Kita juga akan lihat inovasi sekumpulan pensyarah dan pelajar Unit Teknologi Pembuatan Bersepadu, Kolej Komuniti Kepala Batas, mencipta alat cegah kecurian kereta yang dinamakan Ant-Car & Child Alert.