Komuniti AWANI: Selain bubur lambuk, Nasi Daging Apollo juga diagihkan secara percuma

#KomunitiAWANI 28 Mei 2019 menampilkan selebriti, Dato' Fazley Yaakob sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Komuniti AWANI bermula dengan kisah mahasiswa UNITEN yang mengajar murid ? murid yang tidak pandai membaca sehingga mereka berjaya mengenal huruf menerusi Yayasan Tenaga Nasional. Kemudian, kita akan saksikan inisiatif murni Gleneagles Hospital dalam program CSR mereka iaitu 'A-Heart for A-Heart' untuk meringankan beban kos pembedahan jantung kongenital buat kanak ? kanak. Jangan terlepas untuk dengari tentang hidangan 'Nasi Daging Apollo' yang disediakan oleh jawatankuasa Kariah Masjid Al Abidin untuk diedarkan selain bubur lambuk kepada orang ramai setiap hari ahad. Dan kita juga akan lihat kegigihan seorang graduan kejuruteraan yang memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dalam bidang pertanian.