#Komuniti AWANI: Suasana baru berbuka puasa di Kuala Terengganu

#KomunitiAWANI 29 Mei 2019 menampilkan selebriti, Dato? Fazley Yaakob sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita ikuti program jualan amal hasil sumbangan orang ramai melalui ?Charity Shoppe IRM? anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM). Kita juga akan ke Kuala Terengganu untuk menikmati suasana berbuka puasa dengan pemandangan Draw Bridge atau Jambatan Angkat. Jangan terlepas dengan cerita mengenai seni moraj iaitu seni mempertahankan diri yang menggabungkan teknik silat pulut dan Muay Thai. Kemudian, kita juga akan lihat seni muzik tradisional dikir barat Abe Jali Salam Pantai Timur juga dikenali sebagai Mohd Idris Ibrahim.