Tutup

Komuniti AWANI: Tanpa tulang paha, kanak - kanak istimewa tetap hebat bola sepak

#KomunitiAWANI 15 Mei 2019 menampilkan penyanyi, Dato? Nassier Wahab sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula dengan kisah seorang kanak ? kanak istimewa tanpa tulang paha yang tidak membataskan kesungguhannya untuk aktif bermain bola sepak. Kemudian, kita akan melihat aktiviti penduduk Kampung Pengkalan Gelap mengambil peluang menambah rezeki keluarga dengan menjual lokan yang terdapat disebalik lumpur hitam yang pekat. Kita juga akan melihat inisiatif Jabatan Parit dan Saliran Kelantan Bersama dengan pelatih Pondok Manzilu Rahmah Bachok yang menerapkan sifat sayangkan sumber air melalui program ?Sayangi Pantai dan Sungai Kita?. Jangan terlepas dengan inisiatif mulia kakitangan Malaysia Airport Sdn Bhd Tawau mengedarkan 200 bungkusan juadah berbuka puasa kepada para pelanggannya di bulan Ramadhan ini.