Komuniti AWANI: 'Teddy Mobile Clinic' beri rawatan dan bantuan kesihatan percuma

#KomunitiAWANI 10 Mei 2019 menampilkan penyanyi, Hafiz Suip sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda akan mula memaparkan kisah beberapa individu yang berkorban masa dan tenaga untuk membuka klinik bergerak percuma iaitu 'Teddy Mobile Clinic' kepada insan yang memerlukan di sekitar ibu kota. Kemudian, dengari inisiatif SMK Datuk Penggawa Darat yang sudah mula mengajar murid-muridnya ilmu pertanian melalui matapelajaran reka bentuk dan teknologi. Kita juga akan ikuti kisah inspirasi seorang pemuda yang tidak mahu bebankan ibu bapanya dengan sanggup menorah getah untuk mencari wang belanja untuk ke universiti. Episod kali ini berakhir dengan kemudahan awam stesen bas baharu yang kian lama dinantikan oleh penduduk di Marang, Terengganu.