Tutup

Komuniti AWANI: Teknik permakultur 'Urban Hijau' jadikan tanaman lebih mampan

#KomunitiAWANI 29 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Khai Bahar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan Sambutan Hari Raya yang tidak asing lagi dengan majlis rumah terbuka tetapi di Kampung Ribu ada kelainan, mereka meneruskan tradisi sambut hari raya sekampung. Selepas itu, kita akan saksikan inisiatif kebun komuniti 'Urban Hijau' di Kampung Sungai Penchala yang menggunakan teknik berbeza daripada yang lain iaitu mempraktikkan konsep permakultur. Kemudian, kita saksikan juga inisiatif untuk memelihara kawasan pantai bagi menarik kehadiran penyu untuk bertelur. Kita juga akan lihat projek yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Tunas Lagenda (KBTL) iaitu' Projek 2020 TLFC' bagi melahirkan pemain bola sepak yang bermutu tinggi di dalam dan luar padang.