Tutup

Komuniti AWANI: Tradisi persiapan Aidilfitri warga Singapura

#KomunitiAWANI 4 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Stacy Anam sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini dimulakan dengan cerita disebalik tradisi penduduk Kampung Gelam berbuka puasa sambil bersila di kawasan terbuka. Kemudian, dengari kisah tentang Pengakap Kelana Udara, Tawau yang anjurkan majlis buka puasa serta gotong royong bagi meraikan anak ? anak yatim. Kita akan lihat bagaimana warga Singapura yang beraya di Johor Bahru. Kita akan dengar usaha murni pasangan tua suami isteri yang gembira membantu orang lain sepenuh masa semasa bersara.