Tutup

#KomunitiAWANI: Ais kacang warna-warni simbol perpaduan di Bumi Kenyalang

#KomunitiAWANI 24 September 2019 menampilkan pelakon, Hisyam Hamid sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan makanan eksotik di Pulau Langkawi iaitu Laktut, yang merupakan rumpai laut, juga dikenali sebagai anggur laut atau kaviar hijau. Selepas itu, kita akan saksikan pula ais kacang berwarna warni di Swee Kang Ais Kacang yang jadi simbol perpaduan. Kemudian, kita saksikan pula usaha Kelab Lions yang giat kumpul dana bagi meringankan beban pesakit kanser kanak-kanak yang kurang berkemampuan. Kita juga akan lihat gelagat Max, seekor cimpanzi yang diambil sebagai anak angkat dan pengalaman anak-anak pelarian di Zoo Negara.