#KomunitiAWANI: Anak muda kreatif ubah suai motosikal ikut keperluan pelanggan

#KomunitiAWANI 17 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Ara Johari sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita mengenai seorang anak muda di Kedah yang mengubah suai motosikalnya menjadi motosikal elektrik beroda tiga yang mendapat sambutan baik dalam beberapa sektor. Kemudian, kita akan saksikan seorang istimewa OKU yang sanggupkan lupakan cita-citanya demi menjadi seorang pendidik buat anak-anak di kampungnya. Selepas itu, kita akan saksikan tarikan baharu yang terdapat di Hutan Simpan Royal Belum, Perak. Kita juga akan lihat demi mencari kelainan, pertemuan bersama ahli keluarga dilakukan di dusun durian.