#KomunitiAWANI: Bantuan yang lebih bermakna untuk gelandangan

#KomunitiAWANI 12 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Ernie Zakri sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula dengan program bantuan kepada golongan gelandangan oleh 4 NGO iaitu The Bulb On! Project, Be Kind Move, Malaysian-Relief dan Suspended Move dengan memberi mereka kerja. Kemudian, kita akan saksikan langkah awal yang diambil oleh Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang yang mengadakan latihan simulasi bencana tahap satu. Selepas itu, kita akan ikuti rombongan oleh wartawan Astro AWANI bersama Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya ke Narathiwat untuk menyertai Program Pesta Sukan dan Kebudayaan Thailand-Malaysia 2019. Kita juga akan lihat suasana majlis resepsi yang meraikan dua pasangan pengantin orang Asli di Baling oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.