#KomunitiAWANI: Belia buktikan tanaman strawberi boleh hidup subur di Merbok

#KomunitiAWANI 20 Julai 2019 menampilkan selebriti, Elly Mazlein aka Kak Lina Pom Pom sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan anjuran Jabatan Agama Islam Perak iaitu nikah jama?ie syar?ie atau nikah beramai-ramai bagi mereka yang mahu berjimat untuk berkahwin. Selepas itu, kita saksikan satu lagi inisiatif yang menjimatkan tetapi kali ini untuk golongan B40 iaitu Program Jualan Jimat Harapan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Kemudian, kita lihat seorang graduan jurusan Kejuruteraan Awam kerana minat bercucuk tanam, buktikan tanaman strawberi boleh hidup subur di tanah rata di kawasan Merbok. Kita juga akan lihat program kesedaran mengenai bahaya dadah iaitu Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) peringkat negeri Selangor.