#KomunitiAWANI: Berkat murah hati peniaga, rezeki berlipat ganda

#KomunitiAWANI 1 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Sarah Suhairi sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita donat gula yang dijual dengan sangat murah dan juga jadi penyelamat perniagaannya. Kemudian, kita akan lihat cerita di sebalik kekecohan yang berlaku di Sekolah Menengah Kundang sehingga melibatkan pasukan Bomba dan Penyelamat. Selepas itu, kita akan lihat usaha yang dilakukan oleh Petronas sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat mereka membina sebuah asrama harian luar bandar bagi memudahkan para pelajar di SK Balambangan Banggi, Kudat. Kita juga akan saksikan sebuah warung Mek Ganu yang jual pelbagai aneka nasi goreng dengan harga yang sangat murah.