#KomunitiAWANI: Brand New Waves inspirasi gaya hidup sihat

#KomunitiAWANI 9 Jun 2019 menampilkan selebriti, Sharifah Sakinah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini dimulakan dengan kisah semangat persaudaraan angoota VAT 69 atau Komando 69. Kemudian, kita juga akan saksikan inisiatif UPM memperkenalkan Putra Foodbank bagi meringankan beban para pelajarnya yang kurang berkemampuan. Selepas itu, kita juga akan saksikan semangat kekitaan dan kesukanan dalam Pasukan Brand New Waves yang mendorong orang ramai menyertai mereka dalam aktiviti bersenam. Kita juga akan lihat laporan skuad Awani Jr. mengenai bagaimana rasanya memetik dan merasa buah tembikai yang baru dipetik?