#KomunitiAWANI: Cetakan 3D merevolusikan pembuatan anggota palsu

#KomunitiAWANI 12 April 2019 menampilkan selebriti, Sharifah Amani sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Bermula dengan kisah si buta mengajar si bisu menganyam rotan. Seterusnya, dengari kisah penciptaan gajet cermin pintar bagi memudahkan urusan pelajar. Kemudian, ikuti program sukarelawan mendidik kanak ? kanak di sekolah tentang ilmu keusahawanan. Dengari projek LimbX yang diasaskan oleh sukarelawan Malaysia ketika di Sri Lanka membuat anggota palsu bagi penduduk di sana menggunakan teknologi 3D. Diakhiri dengan cerita seorang wanita yang berniaga untuk menyara keluarganya.