Tutup

#KomunitiAWANI: FGCC Learning Centre, peluang kedua buat anak pelarian

#KomunitiAWANI 1 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Khai Bahar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita sebuah Kampung Yak Yah yang dahulu sangat popular di kalangan pelancong tetapi kini penduduk setempat bermuafakat untuk menanam Pokok Berembang bagi memulihara dan menggalakkan habitat sesuatu spesies serangga. Kemudian, kita akan lihat cerita mengenai sukan papan selaju atau skateboard yang semakin digemari oleh golongan belia di Sarawak. Selepas itu, kita akan lihat rintangan yang dialami pengembala lembu kecil-kecilan menghadapi persaingan dengan peladang serta kemasukan daging lembu import. Kita juga akan saksikan kisah seorang bekas pelarian daripada Pakistan yang buka sebuah pusat pembelajaran bagi kanak-kanak pelarian di Malaysia.