Tutup

#KomunitiAWANI: Fuze Ecoteer, pulihara alam sekitar demi generasi seterusnya

#KomunitiAWANI 12 Jun 2019 menampilkan pelakon, Datin Fouziah Gous sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan produk serunding atau sambal daging yang terkenal di Kelantan yang menjadi hidangan pelbagai juadah. Kemudian, kita juga akan lihat inisiatif dalam usaha pemuliharaan alam sekitar yang aktif iaitu Fuze Ecoteer. Selepas itu, kita akan lihat usaha Google Malaysia untuk menguar-uarkan isu keselamatan data melalui Bengkel Keselamatan Dalam Talian di Kampus Induk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Episod komuniti anda kali ini berakhir dengan kisah seorang ahli perniagaan yang mempunyai produk kesihatannya sendiri, iaitu Dizaherbs yang juga giat dalam meningkatkan taraf pendidikan anak ? anak sekarang.