#KomunitiAWANI: Gendang 24 musim, permulaan peristiwa penting

#KomunitiAWANI 22 Jun 2019 menampilkan selebriti, Marsha Milan Londoh sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan kisah sebuah pusat perlindungan buat kucing terbiar iaitu Cat Tiram Shelter. Kemudian, kita akan ke Taiping untuk menyaksikan kisah sejarah Aerodrome Taiping atau Lapangan Terbang Tekah. Selepas itu, kita akan saksikan kehebatan anggota bomba wanita yang juga mampu lakukan kerja di lapangan sama seperti anggota bomba lelaki. Berita komuniti berakhir dengan cerita gendang 24 musim yang menandakan permulaan sesuatu peristiwa.