Tutup

#KomunitiAWANI: Harumkan budaya seni tari Malaysia di pentas antarabangsa

#KomunitiAWANI 4 Mei 2019 menampilkan selebriti, Lisa Surihani sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Mari kita dengar kisah hidup seorang istimewa OKU, yang mahu buktikan bahawa mereka juga mampu untuk menyumbangkan tenaga untuk berjasa kepada masyarakat. Selepas itu kita akan lihat penduduk setempat Tanjung Tokong bekerjasama baik pulih dewan komuniti mereka. Jangan terlepas dengan pelancaran aplikasi 'i-People' yang diperkenalkan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi menjadi platform masyarakat untuk membuat sebarang aduan dengan pantas sekali gus merapatkan hubungan komuniti warga kota itu. Kemudian, kita akan saksikan sekumpulan penari Malaysia yang telah mengharumkan nama negara kita dalam pertandingan menari 'Seoul IDO Grand Prix 2019' di Korea Selatan memenangi banyak anugerah yang dipertandingkan dan perjalanan mereka diuruskan oleh Malaysian International Dance Organization (MIDO).