Tutup

#KomunitiAWANI: Hebat dalam Bahasa Jawi dan Seni Khat tidak kikis jati diri guru Cina in

#KomunitiAWANI 20 Ogos 2019 menampilkan selebriti, Mark Adam sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita menarik seorang guru cina dari Pengkalan Chepa yang mendalami tulisan Jawi dan seni Khat kerana minat. Selepas itu, kita akan saksikan inisiatif Pusat Aktiviti Cakna Bantu Ekonomi Tasek Gelugor yang beri peluang kepada golongan ibu tunggal untuk tingkatkan kemahiran yang dimiliki. Kemudian, kita akan saksikan keperitan anak-anka tanpa dokumen timba ilmu di Buku Jalanan Chow Kit (BJCK). Kita juga akan saksikan sebuah Kampung Iban Merotai, Tawau yang dikenali sebagai kampung pengeluar buah-buahan bagi daerah Tawau.