Tutup

#KomunitiAWANI: Ikan Tahai yang popular di Lawas dan rahsia dasar Tasik Kenyir

#KomunitiAWANI 15 September 2019 menampilkan pelakon Ruhainies dan selebriti, Zara Zya sebagai pembaca berita kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan kisah inspirasi seorang pengidap kanser yang tetap cekal menghadapi kesakitan demi mengajar anak muridnya. Kemudian, kita saksikan pula penghasilan kolaj Jalur Gemilang terbesar sehingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records. Selepas itu, kita akan saksikan sejenis ikan yang terkenal di Lawas, Sarawak iaitu Ikan Tahai di Kampung Awat-Awat. Kita juga saksikan cerita menarik tentang dasar Tasik Kenyir yang tak ramai tahu.