Tutup

#KomunitiAWANI: Ikhlas bersihkan kawasan bandar tanpa mengharapkan balasan

#KomunitiAWANI 21 Jun 2019 menampilkan selebriti, Marsha Milan Londoh sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini memaparkan kisah tentang seorang pak cik tua yang sanggup ambil tanggungjawab secara sukarela untuk membersihkan kawasan bandar Taiping. Kemudian, kita juga akan lihat inisiatif Program Go Clean Terengganu 2019 iaitu membersihkan pantai dari pantai Besut ke pantai Kemaman. Selepas itu, kita juga akan saksikan usaha membantu golongan miskin bandar dengan pemberian kotak amal hasil pemberian Tesco Malaysia. Kita juga akan saksikan satu lagi kuih tradisi penduduk Sarawak iaitu Kuih Kuyak.