#KomunitiAWANI: Inisiatif bantu keluarga pelarian bina hidup baru

#KomunitiAWANI 24 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Siti Nordiana sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan inisiatif tiga gadis muda yang tubuhkan Picha Project bagi membantu keluarga pelarian di Malaysia untuk bina hidup baru. Kemudian, kita akan ke Mukah, Sarawak untuk saksikan usahawan berjaya menjual keropok ikan tenggiri Made in Mukah. Selepas itu, kita akan lihat penganjuran Georgetown Festival (GTF 2019) pada bulan Julai ini yang menjadi platform buat 500 penggiat seni persembahan dari 20 negara untuk memaparkan hasil bakat seni mereka di Pulau Pinang. Kita akan saksikan juga peluang membantu golongan wanita menjalankan pelbagai aktiviti yang dibuka oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT).