Tutup

#KomunitiAWANI: Inisiatif jinakkan pelajar sekolah dengan sukan berkuda

#KomunitiAWANI 21 Julai 2019 menampilkan selebriti, Elly Mazlein aka Kak Lina Pom Pom sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini membawakan kisah tentang mendiang Tan Sri Datuk Profesor Emeritus TJ Danaraj yang sudah lama meninggal dunia tetapi namanya terus harum dalam kalangan alumni Universiti Malaya. Selepas itu, kita lihat penjualan dan perniagaan baju terpakai atau bundle yang menjadi asas buat anak muda dalam dunia perniagaan. Kemudian, kita lihat inisiatif untuk menggalakkan para pelajar sekolah menyertai sukan berkuda dengan menyediakan kelas percuma di Iskandar Polo Club, Tambun. Kita juga akan saksikan Karnival Usahawan yang dianjurkan pelbagai pihak bagi membantu golongan usahawan memasarkan produk.