Tutup

#KomunitiAWANI: Inisiatif Kengkawan Projek sediakan platform perkongsian cerita inspirasi

#KomunitiAWANI 12 Ogos 2019 menampilkan selebriti, Amar Baharin sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan cerita-cerita menarik seperti Hadith Open Mic (HOM) yang dicetuskan oleh badan amal, Kengkawan Projek bagi memberi inspirasi kepada kehidupan. Kemudian, kita akan saksikan Program Kucing Angkat anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama The Society For The Prevention Of Cruelty To Animals (SPCA). Selepas itu, kita akan saksikan inisiatif pelajar dan pensyarah politeknik dan kolej komuniti bagi menceriakan masyarakat pedalaman di Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR Paloh 2, Gua Musang sempena Program Poly-CC Bakti Siswa@Sekolah. Kita juga akan lihat aktiviti gotong royong yang wajib dilakukan oleh kejiranan Rukun Tetangga Jalan Meranti di Taman Sri Pulai, Johor.