Tutup

#KomunitiAWANI: Inisiatif Yayasan Orang Buta Malaysia bantu masyarakat

#KomunitiAWANI 24 April 2019 menampilkan selebriti, Tomok sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini memaparkan cerita tentang Yayasan Orang Buta Malaysia dalam misi untuk menubuhkan Institusi Teknologi Sokongan Kebangsaan atau National Institute of Assistive Technology (NIAT) untuk mempergiatkan pembuatan alatan bantuan canggih untuk golongan istimewa OKU penglihatan dan lain - lain. Kemudian, mari kita dengar kisah peminat sukan outdoor yang membuka sebuah kedai untuk memudahkan peminat sukan tersebut yang lain untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan. Jangan terlepas dengan usaha seorang wanita pelarian Rohingya yang membuka sebuah pusat bagi memperkasakan golongan wanita Rohingya untuk mereka berdikari dengan penubuhan institusi Rohingya Women Development Network (RWDN). Selepas itu, ikuti inisiatif penduduk kampung Seberang Hilir, Kuching dalam memelihara tradisi mereka dengan menganjurkan Karnival Darul Hana 2019.