Tutup

#KomunitiAWANI: Kawasan 'dropstone' di sebalik Langkawi Permata Kedah

#KomunitiAWANI 29 Ogos 2019 menampilkan pelakon, Aidil Aziz sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita tentang kawasan batu jatuh atau dropstone disebalik papan tanda ?Langkawi Permata Kedah?. Kemudian, kita saksikan seorang usahawan ikan laga atau betta fish yang gunakan hobinya sebagai perniagaan. Selepas itu, kita juga akan saksikan kudrat yang ada pada Shuib Aruf, 77 tahun, yang gigih menguasai seni membuat sangkar burung tradisional. Kita juga akan lihat bagaimana jagung manis dijadikan sebagai penjana pendapatan penduduk Kampung Paloh, Tanah Merah.