#KomunitiAWANI: Kayuhan amal 'Ghost Rider' menjelajah masjid-masjid seluruh Malaysia

#KomunitiAWANI 10 Julai 2019 menampilkan selebriti, Elizabeth Tan sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan kisah Kumpulan Ghost Rider yang akan menjelajah seluruh negara sempena Program Tour De Mosque 2019 bagi mempromosikan gaya hidup sihat serta menyampaikan sumbangan buat masjid-masjid yang dikunjungi. Selepas itu, kita saksikan sebuah program yang dianjurkan oleh Jabatan Pemakanan dan Dietetik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM untuk memberi mendedahkan awal risiko kanser. Kemudian, kita juga saksikan inovasi pelajar Kolej Komuniti Kuching yang hasilkan tudung kalis air di bawah jenama Chandani Fashion. Kita juga akan saksikan keunikan majlis perkahwinan di Alor Star yang pilih ular untuk jadi bunga tangan ketika bergambar.