#KomunitiAWANI: Keberanian kanak-kanak autisme di lautan terbuka

#KomunitiAWANI 2 Julai 2019 menampilkan selebriti, Jihan Muse sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini membawakan cerita tentang inisiatif yang diambil seorang anak muda yang mengusahakan tanah terbiar untuk dijadikan lading nenas MD2 untuk menambah pendapatan. Selepas itu, kita akan lihat keberanian yang wajar dicontohi dalam diri kanak-kanak autisme yang sangat berminat berenang sehingga berjaya dapat tempat dalam pertandingan renang di lautan terbuka. Kemudian, kita akan lihat sekumpulan anak muda yang meminati vespa atau lambretta untuk mengisi masa lapangnya. Kita juga akan lihat inisiatif Geng Kayuh Gerek yang dianjurkan untuk menyampaikan tiga mesej penting kepada orang ramai.