#KomunitiAWANI: Kebun Kedondong sumber rezeki pesara tentera

#KomunitiAWANI 18 April 2019 menampilkan selebriti, Alif Satar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Dimulakan dengan cerita di SK Kota Masai 2, Pasir Gudang yang mengambil inisiatif untuk menukar kawasan semak di belakang sekolah itu kepada kolam ikan yang mempunyai lebih 3000 ikan. Kemudian, dengarkan kisah seorang pengusaha kebun kedondong. Dengar cerita tentang Projek Iqra' yang ditubuhkan untuk menyediakan pendidikan percuma pada kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran. Diakhiri dengan kisah penggunaan sempoa atau dekak - dekak atau abacus yang merupakan suatu alat pengiraan tradisional yang kian dilupakan.