#KomunitiAWANI: Kegigihan 'Iron Lady' bantu penduduk setempat

#KomunitiAWANI 26 Jun 2019 menampilkan pelakon, Janna Nick sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan kegembiraan sepuluh banduan terpilih dari Penjara Reman Pulau Pinang yang diberi peluang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka. Selepas itu, kita akan lihat muafakat penduduk Blok Ivory 1 di Bandar Tasik Puteri Rawang yang bergotong-royong anjurkan majlis terbuka sempena Aidilfitri. Kemudian, kita saksikan pemerkasaan kaum wanita dalam komuniti kita dengan pelantikan mereka memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Kita juga akan lihat inisiatif mulia Astro NJOI yang laksanakan CSR mereka dengan menyediakan sebuah televisyen 40 inci serta kotak decoder NJOI untuk kegunaan pelajar dan guru Sekolah Tahfiz Al-Habbah.