#KomunitiAWANI: Kemahiran turun temurun wanita Penan jana ekonomi keluarga

#KomunitiAWANI 5 Mei 2019 menampilkan selebriti, Syafiq Kyle sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini menceritakan tentang Gua Madai yang terletak di Sabah menjadi tempat Burung Walit membuat sarang. Kemudian, mari kita dengar cerita Persatuan Silat Negeri Pahang (PESAKA Pahang) yang pecah Malaysia Book of Records dengan persembahan gendang silat tanpa henti selama 37 jam sempena Festival Silat Nusantara 2019. Selepas itu, kita saksikan bagaimana mereka yang bukan penutur asal Bahasa Mandarin menguasai Bahasa tersebut melalui pertandingan nyanyian sempena Hari Bahasa Mandarin Antarabangsa. Kita juga akan lihat kehidupan suku kaum Penan yang menetap di pedalaman Miri yang berdikari untuk meningkatkan ekonomi keluarga mereka.