Tutup

#KomunitiAWANI: Kemajuan lebuhraya pemangkin peningkatan ekonomi pekan setempat

#KomunitiAWANI 25 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Siti Nordiana sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula dengan sebuah Institut Perguruan Darul Aman yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, bagi menyeragamkan pentadbiran semua institut perguruan. Kemudian, kita saksikan bagaimana Lebuhraya Pan Borneo memajukan sebuah pekan di Sarawak yang kini menerima banyak kunjungan pelancong. Selepas itu, kita saksikan reaksi masyarakat tentang penguatkuasaan mengharamkan penggunaan plastik di semua pasaraya di Selangor. Kita juga akan saksikan perusahaan budu milik keluarga yang masih bertahan dari generasi warisan sebelum ini.