#KomunitiAWANI: Kerana minat, sanggup berhabis demi basikal klasik

#KomunitiAWANI 11 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Ernie Zakri sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula dengan cerita tentang seorang peminat dan pengumpul basikal klasik yang sanggup berbelanja ribuan ringgit. Kemudian, kita akan lihat inisiatif sebuah lagi negeri iaitu Pulau Pinang yang ambil langkah untuk memperkenalkan hari tanpa plastik bagi usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar. Selepas itu, kita akan lihat program untuk membantu menaiktaraf sekolah tahfiz iaitu Program Titik Sentuh di bawah kelolaan Suruhanjaya Tenaga. Kita juga akan saksikan sebuah taman yang dibina iaitu Taman Jepun di Pengkalan Chepa.