#KomunitiAWANI: Kesinambungan legasi seni pembuatan capal arwah bapanya

#KomunitiAWANI 18 Jun 2019 menampilkan penyanyi, Syamel sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita kewujudan sebuah Muzium Al-Quran dan Warisan Melayu di Narathiwat, selatan Thailand. Kemudian, kita saksikan tanaman untuk menambah pendapatan isi rumah menggunakan teknik akuaponik. Selepas itu, kita saksikan juga perusahaan membuat capal untuk meneruskan tradisi arwah bapanya. Kita juga akan lihat suasana perayaan anak anak yatim yang diserikan oleh pelajar - pelajar UTM.