#KomunitiAWANI: Keunggulan inovasi pelajar Malaysia raih anugerah di Eropah

#KomunitiAWANI 11 Jun 2019 menampilkan pelakon, Datin Fouziah Ghous sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali akan membawakan kisah inovasi lima pelajar sekolah yang menghasilkan 'Pads Clay for Dyes Treatment and Water Treatment' yang berjaya meraih empat anugerah dalam Eleventh European Exhibition of Creativity and Innovation yang berlangsung di Romania. Selepas itu, kita juga akan saksikan inisiatif Aman Palestin yang aktif dalam membantu meringankan beban kehidupan orang Palestin. Kemudian, kita akan lihat bagaimana cabaran yang dihadapi oleh seorang istimewa OKU yang menjadi pembuat kerusi dan meja. Jangan terlepas juga untuk saksikan kanak - kanak yang menang dalam pertandingan yang dianjurkan Masjid Mahmoodi Bachok untuk hadir solat lima waktu di masjid berkenaan.