#KomunitiAWANI: Keunikan 'Masjid Cina' daya penarik masyarakat pelbagai kaum

#KomunitiAWANI 15 Julai 2019 menampilkan selebriti, Zizan Razak sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita tentang Masjid Muhammadiah di Ipoh yang bergelar Masjid Cina kerana menyerupai bangunan ikonik di China. Kemudian, kita lihat bagaiman masyarakat di luar bandar yang terpaksa isi minyak dalam botol bagi kegunaan mereka yang tinggal jauh dari pekan. Selepas itu, kita akan saksikan inisiatif Universiti Malaya untuk tubuhkan Universiti Malaya Endowment Fund (UMEF) untuk bantu mahasiswa daripada golongan B40 melanjutkan pelajaran. Kita juga akan lihat usaha Hajah Masinah Paris dalam menjayakan warisan keluarganya iaitu Sagu Medong.