#KomunitiAWANI: Keunikan peniaga Ais Krim Pulut yang menggunakan tenaga solar

#KomunitiAWANI 9 April 2019 menampilkan penyanyi, Adibah Noor sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Bermula dengan kisah kerja amal yang disumbangkan oleh 27 pelajar kelainan upaya dari sekolah pendidikan khas. Diikuti pula dengan idea pembukaan ladang fertigasi cili di Kulai. Jangan terlepas pula dengan kisah seorang peniaga ais krim pulut yang menggunakan tenaga solar sebagai sumber elektrik untuk berniaga, dan akhir sekali ialah kehebatan inovasi sistem kitar semula yang digelar sebagai ?Triple R Box?.